Saturday, July 9, 2022

Ketika dan Kalimat

 KETIKA DAN KALIMAT

Tarikh 1 Julai merupakan hari terakhir kelas Multimedia bersama Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Malah pada kelas terakhir ini juga kami mendapat tugasan 'Ketika dan Kalimat' mengenai kursus ini.  Jadi jom saya mulakan serba sedikit perasaan saya sepanjang menghadiri kuliah subjek ini. Jujur saya katakan walaupun pada awalnya saya merasa terbeban dengan tugasan yang diperoleh sepanjang 14 Minggu namun, ternyata saya sangat seronok kerana sepanjang 14 Minggu ini pelbagai input yang saya peroleh. 

    Siapa sangka kursus Bacelor Linguistik Melayu tetapi harus membuat tugasan video dan sebagainya. Tidak dinafikan pada mulanya kami tidak memberi memberi yang terbaik semasa membuat tugasan video. Terutamanya, ketika tugasan Video One Shoot One Layer. Boleh dikatakan kami memilih lagu yang mudah untuk diselitkan dengan tarian dan bagi lokasi pula, sebolehnya kami memang memilih lokasi yang dekat iaitu sekitar UPM namun, lama kelamaan kami merasa seronok untuk melakukan tugasan Multimedia kerana dalam masa yang sama kami datang berjalan-jalan. Perkara ini dapat dilihat apabila kami tidak sabar untuk memilih lokasi dan jalan cerita bagi video seterusnya. 

    Selain itu, perkara yang saya seronok ketika belajar subjek Multimedia ini adalah usaha setiap ahli kumpulan yang ingin memberikan yang terbaik untuk tugasan mingguan. Contohnya, rakan-rakan yang jauh sanggup datang ke UPM demi merealisasikan pembikinan video yang cantik. Usaha dari rakan-rakan kumpulan  ternyata memberi kesan kepada emosi saya apabila melaksanakan tugasan Multimedia ini. 

    Disamping itu, subjek Multimedia telah mengajar kami untuk berfikir di luar kotak dengan idea-idea baru. Misalnya, biarpun terdapat ahli kumpulan saya yang berada di rumah namun kami akan memikirkan idea yang terbaik demi mendapatkan hasil jalan cerita yang unik dan terancang. Situasi ini biasanya akan mencabar sedikit daya kreatif saya dan ahli kumpulan yang lain. 

    Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim atas perkongsian ilmu beliau kepada kami. Prof merupakan idola saya, kerana saya juga memasang cita-cita untuk tinggal dan bekerja di Korea serta melancong ke banyak negara seperti yang dilakukan oleh Prof. Tambahan pula, saya ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu kumpulan Romulo Production. Terima kasih kepada Amirul Alif, Fathin, Aliah, Alya, Nabilah, Nazihah, Shahira, Suhada, Masyitah dan Bahishah kerana memberikan komitmen yang penuh sepanjang 14 Minggu kuliah Multimedia Dalam Bahasa berlangsung. Sekian sahaja dari saya Nur Ariffah Binti Maizurin. Semoga kita berjumpa lagi di semester hadapan. 


Gambar Kenangan: Romulo Production.



RESENSI BUKU BAB SATU

 


RESENSI BUKU BAB SATU 

Sewaktu saya ingin merakam tugasan Resensi Buku Multimedia Bab Satu ini, terdapat banyak halangan seperti mendengar burung berkicap, rakan membuka pintu bilik saya dan rakan sebilik yang ingin berkomunikasi dengan saya secara tidak sengaja.

Berikut merupakan pautan Youtube bagi tugasan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa Bab Satu.







KEHADIRAN AMALI MINGGU 6 - 29/04/2022










Tugasan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa

 Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan kumpulan resensi buku Multimedia dalam Bahasa bagi setiap bab. Setiap bab diagihkan secara adil kepada ahli kumpulan masing-masing untuk dibentangkan. Proses penyediaan slaid bagi tugasan ini juga berjalan dengan lancar kerana setiap ahli kumpulan menjalankan tugasan masing-masing dan memberikan kerjasama yang amat baik. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk melakukan pembentangan. 


KEHADIRAN KULIAH MINGGU 12 - 15/06/2022







Tugasan Podcast

 Bagi kuliah minggu ini, kami diminta untuk menyediakan satu pembentangan berkaitan podcast mengenai tajuk yang telah dipilih. Tajuk tersebut hendaklah tidak boleh sama dengan ahli kelas yang lain dan sebolehnya disampaikan dalam bahasa Melayu. Kami perlu mencari satu podcast berdurasi 15 minit dan ke atas, mendengar dan memahami isi yang disampaikan, seterusnya menyediakan slaid pembentangan untuk disampaikan selama lima atau tujuh minit.

    Namun persoalannya, apa itu podcast? Podcast ialah fail digital dalam bentuk audio yang pendengar boleh dapati di pelbagai platform seperti YouTube dan Spotify. Podcast telah digunakan secara meluas oleh orang ramai untuk mendengar perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang boleh didengari secara berulang-ulang. Malah, pendengar juga boleh mendengar podcast atas faktor fleksibiliti tanpa mengira masa dan tempat, yang jelas menunjukkan perbezaan dengan radio. 

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan podcast setelah dibincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain:


1. SaPe Production
2. KJK Production
3. Romulo Production
4. ATMA Production
5. VA Production

Kumpulan saya iaitu Romulo Production merupakan kumpulan ketiga yang melakukan pembentangan.

Saya memilih podcast "Item Sihir" daripada channel Kisah Ruqyah SG di Spotify. 


KEHADIRAN KULIAH MINGGU 12 - 15/06/2022




Sunday, July 3, 2022

Pembentangan Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan resensei buku Multimedia dalam Bahasa setelah dibincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain:

1. SaPe Production
2. KJK Production
3. Romulo Production
4. ATMA Production

Kumpulan Romulo Production merupakan kumpulan ketiga yang melakukan pembentangan pada Rabu, 29 Jun 2022. 

Kumpulan Romulo Production melakukan pembentangan berkenaan resensi buku Multimedia dalam Bahasa hasil karya Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim. Kami dikehendaki melakukan pembentangan selama 30 minit sahaja sehinggakan ada rakan yang lain terpaksa rap untuk pastikan masa tamat tepat pada masanya. Tugas saya adalah untuk membentangkan Bab 6 dalam Buku Multimedia dalam Bahasa.

Berikut merupakan pautan Google Drive slaid pembentangan individu tugasan ini:

https://docs.google.com/presentation/d/1cInmrE1yfgPb1KF6fmx50XOKTxffBFcmbXo7v1hXpgk/edit#slide=id.p









KEHADIRAN AMALI MINGGU 14 - 1/07/2022



ACADEMIC

 Hai pada bahagian Acadamic ini saya akan menceritakan mengenai kisah saya di UPM.

Pada mulanya, UPM bukanlah pilihan utama saya namun saya seperti orang lain yang mengisi portal UPU dan redha dengan rezeki yang ditetapkan-Nya.  Walaubagaimanapun, itulah yang dikata sebagai takdir dan rezeki. Kini saya tinggal beberapa semester sahaja lagi sebelum bergraduat sebagai pelajar sarjana muda Bachelor Bahasa dan Linguistik Melayu. 



LIFESTYLE

 Hai semua, mengenai post lifestyle ini saya ingin berkongsi mengenai minat saya. Saya amat gemar melancong dan melakukan aktiviti lasak (outdoor). Apabila cuti semester sahaja tentu saya akan merancang percutian bersama rakan-rakan. Tidak kiralah mendaki bukit, mandi air terjun, water-rafting, wall-climbing, camping, bungee jumping, kayaking, atv-jungle trail dan pelbagai lagi. 

Walaubagaimanapun, ada beberapa wish-list saya yang belum saya dapat lakukan iaitu Paragliding dan Skydiving. Tidak dapat dinafikan kadang-kala saya rasa gayat apabila hendak melakukan aktiviti tersebut namun apabila sudah melakukannya barulah kita rasa puas bukan? Saya masih ingat sewaktu saya melakukan bungee jumping ketika di Penang, Malaysia. Saya disuruh melompat sendiri dari tower tersebut, pada mulanya saya ingat saya akan ditolak oleh trainer tersebut namun arahan yang diterima ialah kami perlu melompat sendiri dari platform yang kami berdiri. Tidak dinafikan ketika itu saya rasa seperti mahu hilang jantung namun dalam masa yang sama saya rasa seronok kerana saya boleh terbang... Hal ini kerana, cita-cita saya sewaktu berumur 15 tahun adalah untuk menjadi juruterbang namun impian itu tidak kesampaian. Justeru itu, sehingga hari ini saya amat gemar aktiviti yang perlu terbang hehe... Harapan saya adalah agar saya dapat melakukan aktiviti yang saya suka, dapat melancong ke banyak negara dan mempunyai wang yang tidak terhad (unlimited) agar impian saya tercapai. 











Ketika dan Kalimat

 KETIKA DAN KALIMAT Tarikh 1 Julai merupakan hari terakhir kelas Multimedia bersama Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Malah pada kelas terakhir...