Saturday, July 9, 2022

Ketika dan Kalimat

 KETIKA DAN KALIMAT

Tarikh 1 Julai merupakan hari terakhir kelas Multimedia bersama Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Malah pada kelas terakhir ini juga kami mendapat tugasan 'Ketika dan Kalimat' mengenai kursus ini.  Jadi jom saya mulakan serba sedikit perasaan saya sepanjang menghadiri kuliah subjek ini. Jujur saya katakan walaupun pada awalnya saya merasa terbeban dengan tugasan yang diperoleh sepanjang 14 Minggu namun, ternyata saya sangat seronok kerana sepanjang 14 Minggu ini pelbagai input yang saya peroleh. 

    Siapa sangka kursus Bacelor Linguistik Melayu tetapi harus membuat tugasan video dan sebagainya. Tidak dinafikan pada mulanya kami tidak memberi memberi yang terbaik semasa membuat tugasan video. Terutamanya, ketika tugasan Video One Shoot One Layer. Boleh dikatakan kami memilih lagu yang mudah untuk diselitkan dengan tarian dan bagi lokasi pula, sebolehnya kami memang memilih lokasi yang dekat iaitu sekitar UPM namun, lama kelamaan kami merasa seronok untuk melakukan tugasan Multimedia kerana dalam masa yang sama kami datang berjalan-jalan. Perkara ini dapat dilihat apabila kami tidak sabar untuk memilih lokasi dan jalan cerita bagi video seterusnya. 

    Selain itu, perkara yang saya seronok ketika belajar subjek Multimedia ini adalah usaha setiap ahli kumpulan yang ingin memberikan yang terbaik untuk tugasan mingguan. Contohnya, rakan-rakan yang jauh sanggup datang ke UPM demi merealisasikan pembikinan video yang cantik. Usaha dari rakan-rakan kumpulan  ternyata memberi kesan kepada emosi saya apabila melaksanakan tugasan Multimedia ini. 

    Disamping itu, subjek Multimedia telah mengajar kami untuk berfikir di luar kotak dengan idea-idea baru. Misalnya, biarpun terdapat ahli kumpulan saya yang berada di rumah namun kami akan memikirkan idea yang terbaik demi mendapatkan hasil jalan cerita yang unik dan terancang. Situasi ini biasanya akan mencabar sedikit daya kreatif saya dan ahli kumpulan yang lain. 

    Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim atas perkongsian ilmu beliau kepada kami. Prof merupakan idola saya, kerana saya juga memasang cita-cita untuk tinggal dan bekerja di Korea serta melancong ke banyak negara seperti yang dilakukan oleh Prof. Tambahan pula, saya ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu kumpulan Romulo Production. Terima kasih kepada Amirul Alif, Fathin, Aliah, Alya, Nabilah, Nazihah, Shahira, Suhada, Masyitah dan Bahishah kerana memberikan komitmen yang penuh sepanjang 14 Minggu kuliah Multimedia Dalam Bahasa berlangsung. Sekian sahaja dari saya Nur Ariffah Binti Maizurin. Semoga kita berjumpa lagi di semester hadapan. 


Gambar Kenangan: Romulo Production.



No comments:

Post a Comment

Ketika dan Kalimat

 KETIKA DAN KALIMAT Tarikh 1 Julai merupakan hari terakhir kelas Multimedia bersama Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Malah pada kelas terakhir...