Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik termasuklah imej yang berbentuk paparan. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu :-
Contoh-contoh elemen yang terdapat dalam gambar:-
Rujukan : Gambar sendiri
Elemen: Mudah
Tema: Alatan Perubatan
Gambar kit ujian Covid-19 menunjukkan elemen asas grafik mudah. Hal inikerana gambar tersebut sudah memberikan maksud yang jelas tanpa sebarang mesej yang padat. Gambar ini juga mudah dikenali ramai kerana para era endemik hari ini, kit ujian ini sudah tidak asing lagi. Tanpa mesej yang berat, seseorang sudah mampu memahami gambartersebut dari segi fungsi, tujuan dan sebagainya.
Rujukan : shorturl.at/dhjx1
Elemen: Mudah
Tema: Barangan Perhiasan
Gambar tersebut mengetengahkan elemen mudah. Gambar yang dipaparkan mudah difahami dan ringkas dari segi penyampaian mesej dalam bentuk grafik. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemilihan grafik yang memaparkan bentuk bag tangan wanita. Contohnya, apabila seseorang melihat gambar ini, dia mengetahui bahawa gambar tersebut ialah gambar sebuah bag tangan berwarna merah. Oleh itu, gambar yang berbentuk bag tangan ini mengandungi elemen mudah.
Rujukan : shorturl.at/lxN23
Elemen: Warna
Tema: Hiasan
Gambar ini mengetengahkan eleman warna. Meskipun gambar yang dipaparkan mempunyai beberapa elemen asas grafik tetapi elemen tersebut lebih memberatkan kepada elemen warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar tersebut mempunyai kombinasi warna yang menarik. Beberapa kombinasi warna digunakan bagi memfokuskan sesuatu grafik seperti kuning, merah, biru, hijau dan warna biru langit.
Rujukan : Gambar sendiri
Elemen: Warna
Tema: Makanan
Gambar di atas mempunyai elemen warna. Hal ini kerana kombinasi warna yang terdapat dalam gambar tersebut sesuai. Gambar tersebut mempunyai beberapa kombinasi warna iaitu, warna oren, putih, biru, coklat cair dan hijau. Foto tersebut jelas dan menarik kerana mempunyai warna-warna ini menyerlahkan warna semulajadi makanan tradisional kaum Cina iaitu 'dim sum'.
Rujukan : https://cutt.ly/6D9AgHj
Elemen: Teks
Tema: Minuman
Gambar ini menunjukkan iklan yang dikeluarkan oleh syarikat minuman kopi yang terkenal. Hanya secawan kopi sahaja yang dipamerkan bersama teks, memudahkan orang ramai melihat dan memahami isi kandungan poster tersebut. Kehadiran kombinasi penggunaan teks dari segi font dan saiz font menonjolkan lagi mesej yang ingin disampaikaniaitu mengenai isi kandungan minuman kopi tersebut. Oleh itu, gambar ini mengetengahkan elemen teks untuk menarik minat orang ramai.
Rujukan : Gambar sendiri
Elemen: Teks
Tema: Makanan
Gambar ini mengetengahkan elemen teks. Hal ini kerana, penggunaan saiz font pada teks yang berbeza-beza menarik tumpuan orang ramai untuk membaca informasi yang ingin disampaikan. Teks yang digunakan dalam grafik ini juga ringkas dan padat dengan maklumat. Oleh itu, tumpuan orang ramai akan lebih tertumpuh kepada teks yang dipaparkan.
Rujukan : shorturl.at/fmASU
Elemen: Kesesuaian
Tema: Rekreasi
Gambar berikut jelas menunjukkan elemen kesesuaian dalam elemen asas grafik. Hal ini kerana, latar masa dan latar tempat jelas menunjukkan suasana yang tepat untuk beriadah pada waktu petang. Tambahan juga, latar watak utama dalam gambar, iaitu kanak-kanak dan ibu mereka sedang bermain layang-layang sangat menepati aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak apabila beriadah. Oleh itu, sangat jelas bahawa elemen kesesuaian diifokusan di dalam gambar ini untuk menarik perhatian penonton.
Rujukan : Gambar sendiri
Elemen: Kesesuaian
Tema: Pemandangan
Gambar di atas menunjukkan elemen asas grafik kesesuaian. Hal ini kerana terdapat gambaranbukit-bukau, batu-batuan dihiasi lagi dengan pemandangan langit pada waktu senja di persisiran pantai. Pemandangan pada waktu senja ini juga menimbulkan elemen kesesuaian kerana terdapat elemen warna biru langit dan laut yang mewujudkan susasana redup serta tenang.Suasana senja sebegini amat diminati.
Rujukan : https://cutt.ly/DD9Ch0X
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Gambar ini menjelaskan elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana setiap ruang seperti ruang diseimbangkan dengan latar belakang pokok-pokok dan lalang. Di posisi hadapan gambar pula, kewujudan rel keretapi yang seragam. Hamparan imej rel keretapi yang menegak pula menyerlahkan lagi keseimbangan dalam gambar ini.
Rujukan : Gambar sendiri
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Gambar tersebut mempunyai elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam gambar tersebut seimbang. Dalam gambar tersebut, ruang kiri dan ruang kanan adalah sama. Di posisi hadapan gambar pula, kewujudan bot-bot nelayan di sebelah kiri dan diseimbangkan dengan gambaran yang sama disebelah kanan. Hamparan imej awan putih di bahagian atas gambar pula diseimbangkan dengan gambaran jeti di persisiran pantai.
ROMULO PRODUCTION
Berikut merupakan pautan video persembahan ahli kumpulan saya bagi tajuk elemen asas grafik
No comments:
Post a Comment