Thursday, June 16, 2022

Asas Videografi: Video Setempat

 

Asas Videografi: Video Setempat

Video setempat ini merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video itu dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Terdapat penceritaan disertakan dengan humor dan perkara yang berlaku pada masa itu. Video setempat digemari oleh pengguna telefon bimbit yang gemar memberi berita terkini tentang dirinya. Misalnya, seorang individu berada dalam restoran sambil menunggu makanan yang dipesan. Dia telah merakam proses memilih menu serta memesan makanan. Wajah pemilik restoran boleh juga dirakam jika pemilik yang mengambil pesanan tersebut. Individu tersebut boleh bercerita tentang perkara yang terjadi dalam restoran itu. Biasanya durasi video setempat ini lebih kurang dalam empat minit dan wajah perakam video jarang didapati. Dia hanya merakam apa yang terjadi pada waktu itu. Video ini tidak memerlukan suntingan. Pengguna telefon bimbit gemar menggunakan video setempat ini supaya boleh memasukkan dalam Instagram story.



https://www.youtube.com/watch?v=UJPe_2SuZKM



KEHADIRAN KULIAH MINGGU 11 - 08/06/2022







No comments:

Post a Comment

Ketika dan Kalimat

 KETIKA DAN KALIMAT Tarikh 1 Julai merupakan hari terakhir kelas Multimedia bersama Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Malah pada kelas terakhir...